Ramen 'G0dzilla' RM225 Semangkuk Kalau Nak Berg4mbar Eksklusif Dengan Hidangan Je, Cuma Kena Bay4r Sebanyak...


Taipei: Sebuah restoran ramen di Yunlin, Taiwan, baru-baru ini melancarkan menu terbaharunya diberi nama G0dzilla Ramen, semangkuk sup mi ramen bersama kaki buaya.

Oddity Central melaporkan, hidangan itu dimasak dengan 40 rempah yang berbeza, tetapi bahan utama yang benar-benar keluar dari mangkuk adalah kaki buaya yang direbus.

Menerusi perkongsian hantaran di Facebook (Fb) yang kini tular, G0dzilla Ramen didakwa mendapat inspirasi daripada ramen isopod popular yang seolah-olah diperkatakan oleh semua orang di Taiwan pada akhir bulan lalu.

Bagi menarik perhatian bakal pelanggan, pemilik kedai ramen di bandar Douliu dekat daerah Yunlin Taiwan, menghasilkan variasi yang lebih mengejutkan.

Selepas mempelajari cara memasak sup buaya ketika lawatan ke Thailand, pemilik restoran ramen Witch Cat, mencipta resipi G0dzilla Ramen dan mula mempromosikannya secara dalam talian untuk impak yang lebih hebat.

Gambar mangkuk ramen dengan kaki buaya terjulur daripadanya tersebar luas di media sosial Taiwan dan juga di luar negara.

Kaki buaya untuk G0dzilla Ramen dilaporkan diperoleh daripada ladang buaya di Taitung.

Bagaimanapun, ladang itu hanya boleh membekalkan bahan yang mencukupi untuk beberapa mangkuk ramen setiap hari, jadi hidangan itu perlu ditempah lebih awal.

Restoran berkenaan juga mengenakan caj NT$100 (kira-kira RM15) untuk mereka yang memesan hidangan itu secara eksklusif untuk gambar tanpa menikmati hidangan itu.

G0dzilla Ramen mendapat banyak perhatian dalam talian namun rata-ratanya negatif dan setakat ini, ramai menuduh Witch Cat menggunakan taktik pemasaran tidak masuk akal.

Sumber: Harian Metro

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Global 4009457750522414348

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item